Pro Dan Kontra Teknologi Maklumat

Wednesday, 28 January 2015

Pro Dan Kontra Teknologi Maklumat


Pengenalan




Assalamualaikum kepada pembaca semua, harap semuanya sihat belaka. Kami dari sekumpulan pelajar Networking System dari Politeknik Mersing Johor membuat kajian mengenai kebaikan dan keburukan IT. Ini merupakan topik pertama yang ingin kami kupas di dalam blog kami yang bertajuk Pro dan Kontra IT .Sebagai pelajar yang mengambil bidang Teknologi Maklumat ,kami amat menyedari teknologi masa kini kian berkembang dengan pesat dan memberi kesan terhadap gaya hidup masyarakat sekeliling. Ledakkan teknologi yang memberi kesan dan menjadi cabaran terhadap perilaku , pemikiran dan penghayatan agama seseorang. 
Maklumat tersangatlah berharga dalam dunia globalisasi hingga ia bernadi penentu dan pengerak kepada masa depan.(Mohamed Imran 2005). John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu  daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad dua puluh satu ialah maklumat. 

Objektif :


1)      Mencegah penyalahgunaan teknologi di zaman kini.
2)      Memupuk nilai-nilai murni kepada pengguna IT.
3)      Menambahkan pengetahuan kepada pengguna IT.
4)      Membuka minda para IT tentang kebaikan dan keburukan teknologi.
5)      Membantu pengguna untuk menggunakan teknologi dengan lebih bijak.

Faktor – faktor teknologi perkembangan teknologi maklumat.

 1.  Mendapatkan maklumat

  • Kesan baik :
-     Maklumat mudah diperolehi walau berada dimana sahaja.

-  Boleh dikongsi di seluruh dunia tanpa mengira waktu masa dan tempat.
  • Kesan buruk :
 Penyalahgunaan maklumat di media & hiburan  fitnah,lucah & perkongsian yang tak bermakna.

 Maklumat yang diperoleh mungkin tidak sahih.

  • Cara Mengatasi :
- Membuat sekatan keatas beberapa laman web yang negatif dan menyebarkan info-info yang tidak sahih.

  2.  Sosial


  • Kesan baik :
   Bertemu dengan kawan yang tidak lama ditemui      (individu)

-        Mudah berhubung dengan masyrakat dan orang
terdekat. (Masyarakat)

-  Berinteraksi dan perkongsian ilmu.
  • Kesan buruk :
    Leka dengan laman sosial sehingga kurang
keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang         lain (individu).

-    Merenggangkan hubungan silatulrahim antara satu sama lain (masyarakat).

  • Cara Mengatasi
- Melibatkan diri dengan sukan dan aktiviti luar seperti bermain badminton dan aktiviti amal.

 3. Kesihatan

  • Kesan baik :
 Memudahkan  pesakit mencari maklumat mengenai    perubatan dan mengenai masalah kesihatan.

- Memudahkan pesakit berinteraksi dengan doktor mengenai masalah kesihatan yang dihadapi seperti berhubung melalui telefon pintar.
  • Kesan Buruk :
-    Memberi impak buruk terhadap tubuh badan seperti sakit    sendi, pening kepala, obesiti dan penglihatan terjejas, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi  computer.


-   Menyebabkan masalah psikososial seperti kemurungan, ganguan emosi dan ketagihan computer.
  • Cara Mengatasi :
- Mengurangkan penggunaan komputer dan melebihkan rujukan melalui buku.

  4.  Kecanggihan Teknologi Maklumat

  •  Kesan Baik :
 Menambah dan memudahkan pencarian dan      perkongsian maklumat ( Telefon bimbit dan internet).

 Pemprosesan maklumat semakin pantas dan   teratur ( Ekonomi negara terkawal ) 
  •    Kesan Buruk :
 Kecanggihan teknologi menyebabkan masyarakat semakin malas. Seperti malas ke perpustakaan dan membuat kajian secara  realiti dan menyebabkan masyarakat kurang berfikir dan bertindak.

 Melahirkan generasi yang bergantung kepada teknologi semata-mata.        
  •   Cara mengatasi :
-         Membuat Kempen kesedaran mengenai penggunaan teknologi dan maklumat.
-         Menghadkan penggunaan teknologi didalam kalangan keluarga dan masyarakat.

5.  Ekonomi

  • Kesan Baik :

  -     Menjalinkan hubungan ekonomi dengan negara
   luar dengan lebih efisyen.( e-dagang )

 Peningkatan ekonomi negara dan pendapatan
negara semakin meningkat dan pesat.

  •  Kesan Buruk :
 Memudahkan aktiviti penyeludupan haram, seperti mengedar dadah,perdagangan manusia dan barang haram.

-   Berlaku penyelewengan terhadap negara apabila pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.

  •  Cara Mengatasi :
-      Pihak berwajib perlu memperkukuhkan kawalan dan memantau aktiviti di dalam dan luar negara.
-       Mengenakan hukuman yang berat terhadap pesalah.
-       Menggunakan undang-undang berlandaskan syariat islam.



6. Pendidikan 

  • Kesan baik : 
-  Memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran walau dimana jua dia berada tidak kira masa dan  tempat.

-  Memudahkan pelajar membuat rujukan.

  •  Kesan Buruk :
- Teknologi membuat pelajar jadi kurang fokus tehadap pelajaran.

- Kreativiti pelajar berkurangan kerana sumber yang mudah diperolehi menyekat kebolehan pelajar untuk        berfikir dengan lebih dalam.

Cara mengatasi :

- Para pendidik haruslah menekankan agar pelajar membuat rujukan hanya bergantung kepada internet  semata- mata dan berusaha menyelidik maklumat yang ada dengan kreativiti sendiri.

- Keperolehan maklumat dari buku haruslah ditekankan  kerana maklumat yang terperinci dan lebih tepat       melalui buku.

- Ibubapa haruslah menerapkan sifat berfikir dan mengolah maklumat yang mereka perolehi untuk menambahkan kepakaan mereka dalam mencari ilmu.


Kesimpulan

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh mahasiswa demi memartabatkan pendidikan kearah kecemerlangan walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul melalui pergunaan teknologi, namun begitu masalah tersebut dapat diatasi sekiranya mempunyai kesedaran .Selain itu, kerajaan juga telah membuat pelbagai rancangan dan pelaksanaan seperti dalam rancangan yang ke-9 dalam memartabatkan teknologi di Malaysia.
Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan teknologi khususnya di peringkat sekolah , pra-universiti dan institusi pendidikan supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding negara maju yang lain bak kata pepatah “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”.
                                           


Rujukan

             Zulkiple Abd Ghani, 2001 , Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat      

            Supian Ahmad, 2006, Kajian kesan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

            Zulkiple Abd Ghani,1998, Diffusion of Islamic message through televisyen


www.mscusim.org/2011/09/teknologi-maklumat-dalam-islam.html?m=1




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.